Sabtu, 21 Mac 2009

Teknik " Pasak 4 M "

Salam perjuangan dan kasih sayang. Setiap orang mahu dirinya disukai dan dihormati oleh orang lain. Hal ini demikian kerana tuhan telah menjadikan perasaan ini secara fitrah di dalam diri manusia.Hari ini saya ingin kongsikan teknik-teknik supaya anda disukai dan di hormati. Saya namakan teknik ini sebagai teknik "Pasak 4 M"

M yang pertama ialah Menolong. Manusia suka jika dirinya ditolong. Jadi untuk menjadikan diri anda disukai, perbanyakkan aktiviti menolong. tolonglah sesiapa sahaja samada ibubapa anda, sahabat-sahabat anda dan orang-orang yang memerlukan pertolongan.

M yang kedua ialah Menerima. Anda mesti menjadi seorang yang dapat "MENERIMA" orang lain. jika anda bercita-cita supaya orang disekeliling menerima anda, mulai sekarang belajarlah untuk menerima orang lain.

M yang seterusnya ialah Menghargai. Menghargai apa sahaja yang berada disekeliling anda. Ini penting kerana tidak ada seorang manusiapun yang tidak ingin dirinya dihargai. sekali kita menghargai diri orang lain, kita akan sentiasa dihargai pula oleh orang lain.

M yang terakhir sekali ialah Mengasihi. Belajarlah untuk mengasihi orang-orang di sekeliling anda.kasih sayang merupakan sesuatu yang diperlukan oleh semua orang. Jadi, berilah kasih sayang tanpa mengharapkan apa-apa balasan keduniaan. Dengan izin Allah, anda juga akan dikasihi oleh makhluk di langit dan di bumi.

wallahu a'lam

Read more...

Isnin, 9 Mac 2009

Keutamaan Akal

Hikmah Luqman mengenai keutamaan akal dan sepuluh sifat muliaLuqman berkata kepada puteranya, "Puteraku, tidak ada sesuatu yang digunakan sebagai medium untuk menyembah Allah yang lebih utama daripada akal. Akal seseorang boleh dikatakan sempurna(cerdas) apabila terdapat sepuluh sifat.
1. Terbebas daripada rasa sombong.
2. Berangan-angan memperoleh petunjuk kebenaran.
3. Mencari makan di dunia dengan benar.
4. Mengeluarkan hartanya untuk disedekahkan.
5. Lebih menyukai bersikap rendah diri daripada sombong.
6. Lebih senang berhina diri daripada berbangga diri.
7. Tidak bosan menuntut ilmu sepanjang masa .
8. Tidak jemu dalam memenuhi keperluan sesuai dengan kemampuannya.
9. Memandang banyak kebaikan orang lain dan memandang sedikit kebaikan pada dirinya.
10. Menganggap orang lain lebih baik daripada dirinya dan menganggap dirinya lebih buruk daripada orang lain.

Read more...

Khamis, 5 Mac 2009

MABUK CINTA TERHADAP ALLAH

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat
sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya
umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Read more...

About This Blog


  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP