Jumaat, 9 Januari 2009

Surat Terbuka Dari Iblis

Tadi malam waktu akan tidur,aku lihat kau tidak memuji Allah,tidakberselawat,tidak membaca ayat Kursi dan Kulhu.Ini bagus sekali kerana waktutidur adalah waktu untuk tidur bukan untuk membacaAl-Quran.Sesungguhnya engkau tidak membuang masa.Pagi ni aku lihat kau tidak bangun mengerjakan solat subuh.Bagussekali!Engkau telah membuktikan bahawa engkau adalah sahabatku yangbudiman.Janganlah engkau susah-susah bangun dan memendekkantidurnya.Tidurlah dengan nyeyak dan nyaman.Jangan hiraukan suara ayam yangberkokok atau penggera jam yang mengejutkan engkau dari tidurmu.Bila subuhdatang menjelang,udara masih dingin,tariklah selimutmu dan tidurlahsayangku seperti puteri kayangan.Aku lihat engkau jarang-jarang mangambil wudu'.Ini bagus sekali keranaangkau tidak membazirkan air dan tidak meninggikan water bill rumahmu.Akulihat engkau tidak pernah membaca Bismillah sewaktu hendak makan.Inibagus,kerana engkau tidak memenatkan mulutmu.Dan bila sudah kenyang,engkautidak pernah menyebut alhamdulillah.Ini bagus juga.Cukuplah engkau sendawakuat-kuat seperti lembu.Hai manusia yang kucintai,semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu.Engkau menghalau diasuruh pergi tanpa engkau memberikan duit sesen pun ataupun seteguk air.Inisangat bagus dan terpuji,kerana engkau tidak membuang-buang duit dan tidakmembazirkan rezekimu yang melimpah-limpah yang diberikan Allahkepadamu.Engkau seorang yang berjimat cermat.Biarlah rezeki engkau untukkegunaan engkau seorang,untuk menonton wayang,berholiday di Genting danmembeli kemewahan dunia.Aku lihat bila engkau bertemu dengan sahabat handaimu,engkau tidakmengucapkan Assalamualaikum.Engkau mengucapakan 'Hi everybody!'.Ini bagusjuga kerana engkau menunjukkan bahawa engkau mengerti adab resam orangkafir dan engkau mengerti bahasa Inggeris.Tidak perlu engkau belajarmembaca bahasa Arab kerana ini bukan bahasa antarabangsa.Engkau telahmembuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati.Sudah tentu engkauadalah seorang yang budiman kepada kaumku.duhai manusia,Apabila engkau berpuasa,telah lemah seluruh urat sendiku,telah terbakarseluruh jasadku,merintihku kesakitan,bila setiap kali ku lihathamba-hambaNya yang penat berpuasa di siang hari dan menghabiskan waktumalamnya dengan berzikir dan merintih mengenang dosa-dosanya yang lepaskerana pintu taubat telah dibuka Allah dengan seluas-luasnya.Namun,akutetap gembira kerana ada diantara kamu yang masih sudi menjaditemanku...melepaskan peluang rahmat Allah dengan mengucap perkataan yangsia-sia,mengumpat,tidak solat malah mencipta persengketaan...aduhai tubuhbadanku yang terbelenggu telah segar kembali.Cukuplah NAFSU manusia sendirimenjadi penyambung tugasku disepanjang bulan yang dirahmati ini.Di akhiratnanti,engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama...kita berpegang tanganmenuju NERAKA JAHANAM.......

sahabatmu yang tercinta,
IBLIS LAKNATULLAH

0 ulasan:

About This Blog


  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP