Jumaat, 30 Januari 2009

MagMyPic


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Read more...

Selasa, 13 Januari 2009

KISAH BENAR

Kisah Benar... Hampir Dirogol!!Message: Kisah benar dari US . Banyakkisah-kisah aneh yang menakjubkansebegini telah berlaku. Moga kita bolehambil iktibar.Seorang wanita muslim dari Malaysia yangbekerja di US, memakai tudungdan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malamperempuan ini dalam perjalanan balikkerumah dari tempat kerjanya.Kebetulan dia mengambil jalan singkatuntuk pulang. Jalan yang diambilpula agak tersorok dan tidak banyakorang yang lalu lalang pada masaitu. Maklum hari sudah lewat malam.Berjalan di jalan yang agak gelapsebegitu membuatkan dia agak gelisah danrasa takut berjalanberseorangan.Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki(kulit putih Amerika)bersandar di dinding di tepi lorong itu.Dia mula rasa takut dan taksedap hati. Apa yang saudari kita niboleh buat adalah berdoa kehadrat Allah memohon keselamatan atasdirinya. Dia baca ayat Kursidengan penuh pengharapan agar Allahmembantu dia disaat itu.Masa diamelepasi lelaki yang bersandaritu, dia sempat menoleh dan dapatmengecam muka lelaki itu. Nasib baiklelaki itu buat tidak endah danperempuan ini selamat sampai kerumahnya.Keesokkan paginya, saudari ini terbacadalam akhbar yang seorangperempuan telah dirogol oleh seoranglelaki yang tidak dikenali dekatlorong yang dia jalan semalam hanya 10minit selepas dia melintasilorong tersebut.Muslimah ini yakin benarlelaki kulit putih yang dialihat semalam adalah perogol itu. Atasrasa tanggungjawab dia terus kebalai polis dan buat aduan. Wanita nidapat mengenalpasti suspekmelalui kawad cam dan selepas siasatandilakukan, polis dapat buktibahawa lelaki tersebut adalah perogolyang dicari.Tapi perempuan Muslim ini hairan jugakenapa lelaki tadi tak jadikandia mangsa ketika dia melalui lorongtersebut walhal dia keseorangandi masa tu, tetapi lelaki tadi rogolperempuan yang lalu selepas dia.Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya.Jadi dia minta kebenaran polisuntuk bercakap dengan perogol tadisebelum hukuman dijatuhkan (sebelumlelaki tadi di bawa ke tempat l ain ).Dia pun tanya perogol itu "Why don ' tyou do anything to me on thatnight even though you know that I ' malone?" Perogoltu jawab: "No, you are not alone. Thatnight I saw two young manwalking with you. One on your right sideand the other one was by yourleft side. If you were alone of courseyou will be my victim."Saudari ni rasa amat terkejut biladengar penjelasan perogol tu. Diabersyukur ke hadrat Allah keranamemelihara dia malam itu, mungkinjuga berkat ayat Kursi yang dia bacamalam itu.MORAL CERITA INI:Jika kita sebagai hambaNya menurutsegala perintah dan meninggalkansegala laranganNya, Dia pastinya akansentiasadekat dengan kita dan memelihara kita.Muslimah tadi pertama-tamanyamenutup aurat dan memang Muslimah yangmenjagabatas-batas yang ditetapkan Islam.(Kalauaurat terbuka malaikat punmalas dekat).Mungkin dua orang lelakiyang menemaniwanita itu adalah malaikat yangdiutuskan Allah untuk menjaga hambaNyayang sentiasa ingat akan diriNya.Ayat Kursi sememangnya adalah ayatpelindung yang mustajab...selalula hamalkannya. Bayangkan anda seorang yangselaluingkar suruhan Allah, kufur dengannikmatnya, sambil lewaberibadat.Dapatkah anda mendapatpertolongan sebegini dari Allah?Balasan Allah tu boleh datang semasa didunia lagi. Di akhirat kelakmemang pasti kerana itu janji Allah..Jadi, renungkanlah di mana level' iman ' kita sekarang ini. Wassalam.Barang siapa membaca ayat Kursi apabilaberbaring di tempattidurnya,Allah mewakilkan 2 orangMalaikat memeliharanya hingga subuh.Barang siapa yang membaca ayat al-Kursiketika dalam kesempitannescaya Allah berkenan memberipertolongan kepadanya [Dari Abdullahbin ' Amr r.a.]Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangansaya.::

dlm surah an-nur Allah telah mengatakan;hambanya yg mnutup aurat akan dihormati & dilindungi::

Read more...

Sabtu, 10 Januari 2009

Pesanan Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

1: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada engan rezeki yang ada.

2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3 : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9: HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Read more...

Jumaat, 9 Januari 2009

Surat Terbuka Dari Iblis

Tadi malam waktu akan tidur,aku lihat kau tidak memuji Allah,tidakberselawat,tidak membaca ayat Kursi dan Kulhu.Ini bagus sekali kerana waktutidur adalah waktu untuk tidur bukan untuk membacaAl-Quran.Sesungguhnya engkau tidak membuang masa.Pagi ni aku lihat kau tidak bangun mengerjakan solat subuh.Bagussekali!Engkau telah membuktikan bahawa engkau adalah sahabatku yangbudiman.Janganlah engkau susah-susah bangun dan memendekkantidurnya.Tidurlah dengan nyeyak dan nyaman.Jangan hiraukan suara ayam yangberkokok atau penggera jam yang mengejutkan engkau dari tidurmu.Bila subuhdatang menjelang,udara masih dingin,tariklah selimutmu dan tidurlahsayangku seperti puteri kayangan.Aku lihat engkau jarang-jarang mangambil wudu'.Ini bagus sekali keranaangkau tidak membazirkan air dan tidak meninggikan water bill rumahmu.Akulihat engkau tidak pernah membaca Bismillah sewaktu hendak makan.Inibagus,kerana engkau tidak memenatkan mulutmu.Dan bila sudah kenyang,engkautidak pernah menyebut alhamdulillah.Ini bagus juga.Cukuplah engkau sendawakuat-kuat seperti lembu.Hai manusia yang kucintai,semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu.Engkau menghalau diasuruh pergi tanpa engkau memberikan duit sesen pun ataupun seteguk air.Inisangat bagus dan terpuji,kerana engkau tidak membuang-buang duit dan tidakmembazirkan rezekimu yang melimpah-limpah yang diberikan Allahkepadamu.Engkau seorang yang berjimat cermat.Biarlah rezeki engkau untukkegunaan engkau seorang,untuk menonton wayang,berholiday di Genting danmembeli kemewahan dunia.Aku lihat bila engkau bertemu dengan sahabat handaimu,engkau tidakmengucapkan Assalamualaikum.Engkau mengucapakan 'Hi everybody!'.Ini bagusjuga kerana engkau menunjukkan bahawa engkau mengerti adab resam orangkafir dan engkau mengerti bahasa Inggeris.Tidak perlu engkau belajarmembaca bahasa Arab kerana ini bukan bahasa antarabangsa.Engkau telahmembuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati.Sudah tentu engkauadalah seorang yang budiman kepada kaumku.duhai manusia,Apabila engkau berpuasa,telah lemah seluruh urat sendiku,telah terbakarseluruh jasadku,merintihku kesakitan,bila setiap kali ku lihathamba-hambaNya yang penat berpuasa di siang hari dan menghabiskan waktumalamnya dengan berzikir dan merintih mengenang dosa-dosanya yang lepaskerana pintu taubat telah dibuka Allah dengan seluas-luasnya.Namun,akutetap gembira kerana ada diantara kamu yang masih sudi menjaditemanku...melepaskan peluang rahmat Allah dengan mengucap perkataan yangsia-sia,mengumpat,tidak solat malah mencipta persengketaan...aduhai tubuhbadanku yang terbelenggu telah segar kembali.Cukuplah NAFSU manusia sendirimenjadi penyambung tugasku disepanjang bulan yang dirahmati ini.Di akhiratnanti,engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama...kita berpegang tanganmenuju NERAKA JAHANAM.......

sahabatmu yang tercinta,
IBLIS LAKNATULLAH

Read more...

Khamis, 8 Januari 2009

TAZKIRAH

Ciri-Ciri dan Tanda Riya'

Riya' mempunyai ciri dan tanda-tanda sebagaimana kata Ali bin Abi Thalib ra:
Orang yg berlaku riya' memiliki tiga ciri, yaitu:

1. Dia menjadi pemalas apabila bersendirian.
2. Dia menjadi rajin jika berada di tengah-tengah orang yg ramai.
3. Dia menambah kegiatan/kerajinan kerjanya jika dipuji dan berkurang jika diejek.

Tanda yg paling jelas adalah berasa senang jika ada orang yg melihat ketaatannya. Andaikan orang tidak melihatnya, dia tidak berasa senang.
Dari sini diketahui bahwa riya' itu tersembunyi di dalam hati seperti api yg tersembunyi dalam batu. Jika orang melihatnya maka menimbulkan kesenangan dan kesenangan ini bergerak dengan gerakan yg sangat halus, lalu membangkitkannya untuk menampakkan amalnya. Bahkan ia berusaha agar diketahui amalnya itu baik secara sindiran atau terang-terangan.
Diriwayatkan bahwa Abu Umamah Al-Bahili pernah mendatangi seseorang di masjid yg sedang bersujud sambil menangis ketika berdoa. Kemudian Abu Umamah mengatakan kepadanya: "Apakah engkau lakukan seperti ini jika engkau solat di rumahmu? (Teguran ini dimaksudkan untuk menghilangkan sikap riya')."

Read more...

Selasa, 6 Januari 2009

Tazkirah

DOSA IBARAT LALAT DAN GUNUNG
Kepekaan terhadap sesuatu menjadi ukuran terhadap nilai sesebuah masyarakat. Masyarakat yang dibentuk oleh Nabi sangat sensitif terhadap ajaran Islam. Seruan untuk jihad disambut dengan rela hati. Mereka sanggup mengorbankan harta dan diri mereka kerana menegakkan agama Allah. Mereka berlumba-lumba mengerjakan kebajikan dan ketaatan walau sekecil mana sekalipun. Kepada mereka semua kebajikan adalah suruhan Allah. Pada masa yang sama mereka menjauhi segala larangan sama ada yang besar atau kecil. Besar atau kecilnya larangan pada mereka sama sahaja kerana semua itu adalah larangan Allah.
Lantaran kepekaan terhadap suruhan dan larangan Allah, mereka sangat takut untuk mengerjakan maksiat walau kesalahan yang kecil sekalipun. Jika mereka membuat kesalahan dan dosa walaupun kecil, mereka merasakan tertekan seolah-olah gunung Uhud akan menimpa dirinya. Apatah lagi jika dosa yang besar.
Masyarakat sekarang sudah banyak berbeza. Kebanyakannya tidak peka terhadap ajaran Islam. Walaupun telah melakukan dosa besar yang sangat banyak, namun dirasakan seperti seekor lalat yang menghinggap batang hidungnya; seolah-olah tidak ada apa-apa. Ini berbeza sekali dengan generasi awal yang merasakan akan dihempap gunung hanya melakukan dosa yang kecil.
Betapa nabi Adam menangis beratus-ratus tahun hanya melakukan satu dosa sahaja iaitu memakan buah khuldi yang dilarang oleh Allah; sehinggakan air mata tangisannya mengalir menjadi sungai dan laut yang dapat kita manfaatkan hingga dewasa ini.Bagaimanakah keadaan kita, adakah kita menangis setelah melakukan dosa bukan setakat satu malahan tidak terkira dosa yang dilakukan?

Read more...

Khamis, 1 Januari 2009

PETUA IMAM SYAFIE
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orangsoleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABITidur terlentang sambil berfikir tentangkejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAHMiring ke sebelah kanan untuk memudahkanterjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakanmakanan yg banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITANMenelungkup/tiarap sepertitidurnya ahlineraka.

Read more...

About This Blog


  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP