Sabtu, 22 Ogos 2009

Ganjaran Ikhlas Berpuasa

BALASAN bagi orang yang berpuasa dengan penuh takwa dan ikhlas bagi mendapatkan keredaan Allah sangat besar. Selain, diberikan ganjaran pahala berlipat ganda, Allah turut berjanji balasan syurga untuk mereka.BALASAN bagi orang yang berpuasa dengan penuh takwa dan ikhlas bagi mendapatkan keredaan Allah sangat besar.Selain, diberikan ganjaran pahala berlipat ganda, Allah turut berjanji balasan syurga untuk mereka.Daripada Sahl bin Sa’ad, bahawa Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang yang berpuasa pada hari kiamat. Tidak dapat masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya: “Di manakah orang yang telah berpuasa?”“Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa saja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa saja.”Sesungguhnya ujian daripada puasa itu amat besar.Oleh itu, kedudukannya di sisi Allah sangat mulia hinggakan Allah menyediakan pintu khas ke syurga yang dinamakan ar-Rayyan.Malaikat yang menjaga pintu itu akan menyeru dan memanggil orang berpuasa untuk dimasukkan ke syurga melalui pintu ar-Rayyan yang dijaganya dan tidak ada yang dapat melaluinya melainkan mereka yang layak saja.Daripada Abu Said al-Khudri, katanya, Rasulullah bersabda: “Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sehari dengan niat kerana Allah, melainkan akan Allah jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan 70 tahun lamanya.”Orang berpuasa dengan niat ikhlas kerana Allah, kemudian memelihara puasanya daripada amalan ditegah, Allah akan membalasnya dengan menjauhkan dirinya daripada api neraka sejauh 70 tahun perjalanan.

Read more...

Isnin, 17 Ogos 2009

Bidadari Berhias Sambut Ramadhan

DARIPADA Anas, katanya, Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud: “Tiada daripada seorang hamba apabila melihat sehari Ramadan, lantas dia memuji Allah (kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaannya). Kemudian dibacanya al-Fatihah tujuh kali, melainkan di'afiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan itu.”Berkata pula Saidina Ali bahawa Rasulullah bersabda: ”Apabila engkau melihat sehari Ramadan, maka bacalah olehmu ’Allahu Akbar’ tiga kali kemudian bacalah: “Segala kepujian bagi Allah yang menjadikan aku dan engkau dan menentukan bagi engkau pangkat (darjat) dan menjadikan engkau tanda (kekuasaan-Nya) bagi sekalian alam” atau bacakan: “Ya Allah! zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau, Allah”Bersabda Nabi bahawa: “Bahawa syurga berlenggang-lenggang dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya Ramadan.“Pada awal malam Ramadan bertiup angin di bawah Arasy dan bergerak daun kayu dengan lemah longlainya ke dalam syurga, terdengar desiran daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang amat indah, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani, maka berhias bidadari sekaliannya hingga berdiri di atas puncak mercu syurga itu.“Lantas bersuaralah bidadari: “Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah.” Kata bidadari lagi: “Apakah malam ini namanya?” Jawab Malik Ridwan: “Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadan.” Lalu Allah berfirman: “Hai Ridwan, bukalah pintu syurga Babuljannah untuk orang yang berpuasa daripada umat Muhammad.“Hai Malik Zabaniah, tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad. Hai Jibril belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka, berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali: “Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkannya.”

Read more...

Sabtu, 15 Ogos 2009

10 Pesanan Rasullullah S.A.W

Ada sepuluh pesan Rasulullah saaw yang mengajarkan kita praktis mengusir iblis dan bala tentaranya jika menyerang kita dengan rayuan-rayuan yang menyebabkan kita terjerumus kedalam jurang kehinaan tanpa kita sadari dengan memanfaatkan titik kelemahan kita . Mari kita memperhatikan pesan-pesan kenabian tersebut yang tertuang dalam bentuk dialog antara manusia dan setan ;
1. Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Anakmu mati". Katakan kepadanya: "Sesengguhnya makhluk hidup diciptakan untuk mati, dan penggalan dariku (putraku) akan masuk surga. Dan hal itu membuatku gembira".
2.Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Hartamu musnah".Katakan kepadanya: "Segala puji bagi Allah Zat Yang Maha Memberi dan Mengambil, dan menggugurkan atasku kewajiban zakat".
3. Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Orang-orang menzalimimu sedangkan kamu tidak menzalimi seorang pun".Maka, katakan kepadanya :"Siksaan akan menimpa orang-orang yang berbuat zalim dan tidak menimpa orang-orang yang berbuat kebajikan ( Mukhsinin)".
4. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Betapa banyak kebaikanmu", dengan tujuan menjerumuskan untuk bangga diri (Ujub). Maka ia katakan kepadanya :"Kejelekan-kejelekanku jauh lebih banyak dari pada kebaikanku".
5. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Alangkah banyaknya shalatmu". Maka katakan :"Kelalaianku lebih banyak dibanding shalatku".
6. Dan jika ia datang dan berkata :"Betapa banyak kamu bersedekah kepada orang-orang". Maka katakan kepadanya :"Apa yang saya terima dari Allah jauh lebih banyak dari yang saya sedekahkan".
7. Dan jika ia berkata kepadamu :"Betapa banyak orang yang menzalimimu". Maka katakan kepadanya :"Orang-orang yang kuzalimi lebih banyak".
8. Dan jika ia berkata kepadamu :"Betapa banyak amalmu". Maka katakan :"Betapa seringnya aku bermaksiat".
9. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Minumlah minum-minuman keras!" Maka katakan :"Saya tidak akan mengerjakan maksiat".
10. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Mengapa kamu tidak mencintai dunia ?" Maka katakan :"Aku tidak mencintainya dan telah banyak orang lain yang tertipu olehnya".

Read more...

Ahad, 9 Ogos 2009

Kisah 5 Perkara Aneh

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyur. Suatuketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabiyang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yanghanya mendengar suara.Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, padasuatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkaudikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkaudikehendaki berbuat:-
1. Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah,
2. Engkau sembunyikan,
3. Engkau terimalah,
4. Jangan engkau putuskan harapan,
5. Larilah engkau daripadanya.
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke baratdan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarnahitam. Nabi kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakanpertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidakdapat dilaksanakan."Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untukmemakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan dirisehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya laludisuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu.Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengansebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supayadisembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkanmangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas ituterkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kaliberturut-turut.Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia punmeneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itukeluar semula dari tempat ia ditanam.Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helangsedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecilitu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambilburung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantasburung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "WahaiNabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi.Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitutidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untukmenyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untukmengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikankepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang danburung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalananya. Tidak lama kemudiandia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia punbergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkanhidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabike rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata,"Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yangdiberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa,
1. Engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jikabersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu punakan menjadi lebih manisdaripada madu.
2. Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetapakan nampak jua.
3. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianatkepadanya.
4. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demimembantu kepadanya meskipun kausendiri berhajat.
5. Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah.

"Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahalayang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yangkita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kitasendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Read more...

About This Blog


  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP