Sabtu, 30 Mei 2009

Kejohanan Sukan Tahunan SK. Gangsa Tahun 2009


Datuk Yaakob Md Amin(tengah) guru besar(kiri)pengerusi PIBG

Kejohanan tersebut telah diadakan pada 28 Mei 2009, hari Khamis jam 2.30 petang. Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Yaakob Md Amin manakala majlis penutup pula dirasmikan oleh Pengerusi PIBG SKG En. Rasdi Bin Ismail.


Murid-murid tahun 1


N/Pengerusi PIBG, Guru Besar, Datuk Yaakob, Datuk Jaafar Jantan
dan Pengerusi PIBG SKG






Cenderamata dari pihak sekolah kepada pengerusi PIBG


Olahragawan sekolah: Adik Aqashah

Read more...

Jumaat, 29 Mei 2009

Majlis Penutup Kursus KDP-OUM 14M Ambilan Feb 09




Majlis tersebut telah diadakan pada 29. 05. 09 jam 3.00 petang bertempat di Hotel City Bayview, Melaka. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah IPGM KPM Pn. Noor Hayatee Bt. Md. Noor. Majlis tersebut turut dihadiri oleh En. Azman Bin Hj. Aziz selaku Ketua Unit Latihan Dalam Perkhidmatan dan Pn. Hjh Azizah Bt Abd Samad selaku Penyelaras KDP 14 Minggu dan beberapa orang pensyarah. Peserta kursus ambilan kali ini seramai 114 orang dan Alhamdulillah kesemuanya berjaya menamatkan kursus tanpa sebarang masalah. Harapan saya agar kesemuanya berjaya meneruskan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda Pendidikan KPM-OUM nanti. InsyaAllah... Kepada para pensyarah kami mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah membimbing kami dengan sepenuh hati terutamanya kepada mentor kami dari kumpulan 2 iaitu Dr. Narendra Kumar (BK).





Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah yang lain seperti Pn. Ngau Chai Hong (PTP), Pn. Noraini Bt Md Yunus (PP), En. Hassan Bin Pardi (PPN), En. Yau Yee Shin (ODL), En. Rajendran Rajamanikam (WC) dan Pn. Jai Shree (ORC). Jasa kalian tetap kami kenang dan tolong halalkan ilmu yang diberikan kepada kami. Kepada rakan-rakan semua, terutamanya kepada abang Amin, abang Khai, Abu, Zamri dan Sam, kalian tetap di hati. InsyaAllah kita akan berjumpa lagi suatu hari nanti. Semoga persahabatan kita akan kekal dan berterusan.

Read more...

Isnin, 18 Mei 2009

Hidup Kita Cuma Di Dalam 3 Hari

Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti .

Hisablah hari pertama semoga hari yang keduakita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFASNafas Naik.Nafas Turun.Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedutadalah pemberian Allah secara percuma dancarilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itunafas yang terakhir keluar dari tubuh bersamanyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA2 PILIHANHidup dalam keredhaan Allah.Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT
Kekal di dalam neraka.Kekal di dalam syurga.Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikandan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.

Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabilahilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannyaterjemahkan rukun ISLAM yang 5 itudan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayaibagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,tetapi tidak mempunyai boarding pass.Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ...apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampaipada penerimanya ... lalu dia pun berkatasetemnya akan dihantar kemudian.Ada2 penyelesaian dalam kes ini :Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukuratas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ...Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udarasecara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nyasetiap detik dan ketika, hinggalah kita kembalikepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ...lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaankita redha dan Allah meredhai.Semoga kita semua berbahagia & sejahtera senantiasa ... di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah s.w.t.

Read more...

Kenapa Haiwan Mesti Disembelih Sebelum Dimakan - Satu Kajian Saintifik






Barat termasuk aktivis hak asasi haiwan menganggap perbuatan menyembelih haiwan yang dilakukan umat Islam mempamerkan sikap tidak berperikemanusiaan kerana banyak darah tertumpah ke bumi terutama ketika amalan korban pada Aidiladha.Malah, ketika kempen keganasan sibuk dilancarkan oleh Barat, mereka menggunakan alasan amalan korban ini sebagai satu daripada hujah mereka bagi membuktikan betapa Islam mengajar umatnya menjadi ganas.Di Barat, undang-undang mereka memperuntukkan supaya haiwan dikenakan kejutan elektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi memastikan haiwan itu pengsan terlebih dulu sebelum ia dibunuh.Selain itu, kononnya tindakan mereka itu bertujuan untuk menghalang binatang berasa sakit sebelum ia mati.Tetapi sekali lagi apakah pandangan Barat ini benar?Pendirian Islam mengenai apa yang boleh dimakan dan apa yang diharamkan adalah jelas terutama membabitkan daging.Dalam Surah al-Maidah ayat 5, Allah menyatakan:


“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala.” (Tafsir al-Rahman, Jakim).




Babi satu-satunya binatang yang tidak mempunyai leher. Selain itu, Islam juga mengharamkan memakan daging haiwan tanpa disembelih seperti mencucuk leher, menghempap dengan batu atau cara selain daripada sembelihan. Islam mengajar supaya sembelihan dilakukan dengan pisau tajam bagi memotong bahagian leher untuk memutuskan dua urat utama atau urat mareh. Kaedah ini dikaji pakar Jerman. Pakar itu, Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr Hazim di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman, mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar.Kajian itu bertajuk, `Cubaan untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional dan agama ketika menyembelih lembu atau kambing’, menyimpulkan kaedah Islam terbaik kerana lebih berperikemanusiaan. Mereka menyimpulkan bahawa amalan mengenakan kejutan elektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh seperti yang diamalkan oleh Barat, mendatangkan kesakitan yang amat sangat pada haiwan.Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu.Beberapa ekor haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan lain dibunuh mengikut kaedah barat menggunakan Pistol Kejutan (CBP).Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalograph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan dan kaedah CBP.
Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan.Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit. Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan.Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan. Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan, menurut penyelidikan itu.Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedah CBP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat sakit pada haiwan itu.Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan.Kajian terbaru juga menunjukkan kaedah mematikan haiwan yang digunakan oleh Barat dan bukan Islam, turut dikatakan menjadi punca kepada penularan wabak penyakit lembu gila daripada haiwan kepada manusia.Kaitan ini didedahkan menerusi kajian yang dijalankan oleh Universiti Texas A&M dan Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada. Ia menyatakan, kaedah kejutan pneumatik (iaitu menembak bola besi ke otak lembu diikuti dengan mengenakan tekanan udara tinggi) menyebabkan kerosakan tisu otak serta saraf tunjang haiwan itu.Laporan ini amat menggemparkan kerana tisu otak dan saraf tunjang adalah bahagian yang paling terjejas teruk kerana dijangkiti penyakit lembu gila dan apabila ia hancur akibat kaedah berkenaan, bakteria serta protein penyakit lembu gila akan merebak ke daging.Malah, lebih menggemparkan, kaedah ini digunakan ke atas 30 hingga 40 peratus lembu yang dimatikan untuk diambil dagingnya di Amerika Syarikat.Kajian lain yang dijalankan di seluruh dunia juga mendapati daging menjadi lebih lembut berbanding daging yang tidak disembelih menurut Islam seperti ujian yang dijalankan ke atas ayam sembelih dan tidak sembelih.Kajian terbabit jelas membuktikan bahawa penyembelihan menurut kaedah Islam adalah cara yang terbaik bukan saja untuk kebaikan haiwan itu sendiri tetapi juga memberi manfaat kesihatan kepada manusia. Selain itu, Islam mengenakan beberapa langkah lain bagi memastikan penyembelihan ini dapat disempurnakan dengan lebih baik.Dalam aspek ini, Nabi Muhammad SAW pernah mengarahkan supaya sentiasa belas kasihan terhadap haiwan dengan memastikan pisau yang digunakan benar-benar tajam bagi mengurangkan rasa sakit.
Islam menjelaskan, proses menyembelih perlu dilakukan dengan pantas bagi memutuskan salur darah ke saraf otak kerana saraf ini yang menghantar mesej kesakitan kepada otak.Dengan itu, haiwan tidak akan berasa sakit ketika disembelih. Pergerakan dan kekejangan yang berlaku selepas haiwan itu disembelih, bukan akibat kesakitan tetapi akibat denyutan diikuti keadaan tenang. Proses itu menyebabkan darah dikeluarkan dari badan sepenuhnya, kata Dr Aisha El-Awady, yang menulis dalam Islamonline pada 2003.Selain itu, Sunnah Nabi Muhammad SAW juga menegaskan, adalah tidak wajar seseorang penyembelih, menajamkan pisaunya di depan haiwan yang akan disembelih atau menyembelih seekor haiwan itu di depan haiwan lain. Menjelaskan lagi proses penyembelihan Islam, Dr Aisha menyatakan, kaedah Islam juga memastikan saluran udara, kerongkong dan dua urat leher dipotong tanpa menjejaskan saraf tunjang.“Kaedah ini membolehkan darah keluar membuak-buak dari badan haiwan dan menghasilkan daging yang bersih.Jika saraf tunjang terputus, fiber saraf ke jantung akan rosak menyebabkan jantung terhenti dan darah akan terkumpul di dalam daging. Darah perlu dikeluarkan sepenuhnya sebelum kepala dicerahkan. Keadaan ini akan membersihkan daging itu kerana darah bertindak sebagai perantara kepada mikro organisma,” kata Aisha dalam kajiannya.
Dengan bukti ini, seharusnya aktivis hak asasi Barat berkempen supaya menggunakan kaedah Islam ketika proses penyembelihan serta mensasarkan kecaman mereka terhadap kaedah selain daripada Islam yang terbukti kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Read more...

About This Blog


  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP