Jumaat, 4 Jun 2010

Lambakan Makanan Haram di Pasaran


Salam semua,,
Kod lemak babi ini adalah benar dan telah di sahkan oleh pihak JAKIM

Tolong jangan main beli ja barangan di pasaran sekarang terutama makanan segera macam apollo, cadbury dan lain-lain.. print code ni simpan dlm wallet atau henset. refer bila nak beli apa-apa dipasaran. Semoga Allah menghancurkan kaum2 yg zalim & musyrikin yg cuba menghancurkan Islam. Kalau takdak gak kod ni kita serah je pada Allah dengan harapan Allah ampunkan dosa kita seandainya tidak kita ketahui selepas kita cuba mencari yang halal dan terbaik...wallahu a'lam

MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT

01.E100 02.E110 03.E120 04.E140 05.E141 06.E153 07.E160 08.E161 09.E210 10.E213 11.E214 12.E216 13.E234 14.E252 15.E270 16.E280 17.E300 18.E301 19.E325 20.E326 21.E327 22.E334 23.E335 24.E336 25.E337 26.E422 27.E430 28.E431 29.E432 30.E433 31.E434 32.E435 33.E436 34.E440 35.E441 36.E470 37.E471 38.E472 39.E473 40.E474 41.E475 42.E476 43.E477 44.E478 45.E481 46.E482 47.E483 48.E491 49.E492 50.E493 51.E494 52.E495 53.E542 54.E570 55.E572 56.E631 57.E635 58.E904 59.E92
Yg jelas nye.....pringles pun ader gak lemak menatang ni...kalau xcaya tgk ader E471 kat ingredients nya tu...memang patut lah Allah turunkan bala virus influenza tu.... kat keropok rota pun ada, macam lagi yang teman semua boleh rujuk sendiri...

Xheran lah kalau skg ni ramai sgt samseng, yg muda, yg tua..laki..pompuan. ...sama jer.....solat yg wajib main tinggal jer..doa pun byk yg tak termakbul ekoran makanan seperti ni yg jadi darah daging........maksud hadis ada sebut "setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram maka nerakalah lebih utama baginya"nauzubillah.. mungkin maksud tersirat hadis ni menggambarkan akhlak yang keji akibat makanan haram ni yang membawa seseorang ke arah melakukan maksiat kepada Allah...

Camner nak lahirkan lebih ramai islam yg betul2 'muslim'... dari kecik dah disuapkan dgn makanan2 mengarut ni... yg heran nya caner leh ader tanda HALAL bg makanan2 tersebut?
Bijaknya org2 kafir memperdayakan org2 Islam hanya dgn makanan....... Kebijaksanaan mereka xkan kekal lama...
Tp...ingatlah suatu masa yg telah ditetapkan oleh Allah swt, org2 mukmin akan bangkit jua...

Jika kita sedar dan prihatin..forward lah untuk rakan2 seislam...semoga kita lebih berhati2 ngan tipu daya & helah musuh2 Allah swt...
Sekarang dengar khabar JAKIM akan keluarkan akta halal, mudah-mudahan Allah berikan keuatan kepada jemaah Islam bagi merealisasikan harapan agar lambakan makanan haram dipasaran dapat dihapuskan. Walaupun JAKIM punya kuasa mengeluarkan dan memantau sijil halal sebelum ini, namun tiada akta khusus sebelum ini menyukarkan pihak JAKIM mengambil tindakan.

Read more...

Mengapa Kita Suka Mengumpat

Assalamualaikum.


Rasulullah SAW bersabda, " Jangan kalian bergibah ( mengumpat ), didalamnya ada tiga keburukan, pertama doanya tidak dikabulkan, kedua kebaikannya tidak diterima, ketiga akan ditimpakan padanya keburukan orang yang diumpatnya.

Mengumpat ialah mencela atau memperkatakan keburukan orang lain, atau perkataan yang boleh menyinggung perasaan orang lain baik kepada perkara yang benar apa lagi perkara yang tidak benar.

Dalam kehidupan kita seharian ini kita tidak dapat lari dari perbuatan mengumpat, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, secara langsung atau tidak langsung, secara sedar atau secara tidak sedar.

Dimana-mana pun perbuatan mengumpat ini tetap terjadi baik dirumah, ditempat orang kawin,dipejabat dan dimana mana saja selagi kita ada lawan untuk berbicara. Mengapa kita suka mengumpat.

Kadang-kadang kita mengumpat ini secara tidak sengaja, bagi kita sekadar mengatakan, " Eh Siti, tadi aku jumpa Hani, bukan main lagi dia. pakai baju ketat betul, tak sesuai langsung dengan badan dia yang gempal tu," bagi kita perkataan ini sekadar untuk memberi gambaran tentang keadaan Hani pada hari itu, tapi sebenarnya kata-kata ini sudah termasuk dalam katogeri mengumpat. Memang susah.

Ada setengahnya tu sekadar ingin melahirkan rasa tidak puas hati, contohnya, " Rendang kat majlis kawin anak En Ali tadi pedas betul yee bang,". Namun semua ini adalah termasuk dalam perbuatan mengumpat.

Di rawikan bahawa perempuan pendek datang kepada Rasulullah SAW untuk satu keperluan. Setelah dia keluar, Aisyah berkata, "Wah pendeknya dia." Segera Rasulullah SAW berkata, "Engkau telah mengumpat wahai Aisyah.".

Dosa orang yang mengumpat tidak akan terhapus dengan bertaubat, sebaliknya hendaklah dimohon maaf kepada orang yang diumpatnya itu. Lalu bagaimana kalau orang yang kita umpat itu bukan kenalan kita, atau tinggal jauh dengan kita, sanggupkah kita pergi menghadapnya dan menyatakan kepadanya kita telah mengumpatnya seterusnya memohon maaf daripadanya.

Rasulullah SAW bersabda," Seorang berzina lalu bertaubat, Allah menerima taubatnya. Sedangkan orang ghibah ( mengumpat ) belum diampuni kecuali dimaafkan oleh yang diumpat."

Dari itu jauhilah perbuatan mengumpat dengan tidak berkata-kata kepada perkara yang tidak memberi manafaat kepada diri kita dan juga orang lain, dan segeralah menegur atau menjauhi orang-orang yang sedang memperkatakan orang lain atau yang sedang mengumpat.Berdiam diri itu adalah lebih baik dari berkata-kata yang tidak bermanafaat.

Sekian, wassalam.

Read more...

About This Blog


  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP