Sejarah penting berlaku semasa bulan Ramadhan
Beberpa Peristiwa penting itu diantaranya ialah:
1. PERANG BADAR
Peristiwa
yang benar-benar secara terperinci telah memisahkan mana yang Haq dan
mana yang Bathil. Mana yang berada ada jalan kebenaran dan mana yang
berada di jalan Kekufuran. Symbol hancurnya kemusyrikan dan penyembahan
kepada berhala. Padahal ketika itu kedudukan Muslim secara kuantiti
kalah dan jauh di bawah orang-orang kafir, namun Allah membalikan
keadaan dan memenangi kebenaran.
"Dan
sungguh Allah telah menolong kamu dalam perang badr, padahal kalian
dalam keadaan lemah (sedikit). Maka bertaqwalah kepada Allah agar kamu
mensyukuri-Nya. "(QS. Ali Imran 123)
Ibnu
Abbas berkata: "itu (perang Badr) terjadi pada hari Jum'ah 17 Ramdhan,
di hari itulah musuh Islam yang paling besar dibunuh".
2. Fathu Makkah (pembukaan KOTA MAKKAH)
Peristiwa
pembukaan Kota Mekah ini yang juga bererti kemenangan bagi kamu
Muslimin ketika itu setelah ter "usir" dari Mekah itu sendiri. Dan
kemenangan ini terjadi pada hari Jumaat tanggal 20 atau 21 Ramadhan
tahun ke-8 Hijrah. Dan tahun ini juga, tahun di mana hancurnya seluruh
berhala yang mengililingi ka'bah.
3. Tersebarnya Islam di Yaman
Setelah
diutusnya Ali bin Abi Talib ke Yaman untuk menyebarkan Islam di daratan
tersebut pada Ramadhan tahun ke-10 Hijrah, beberapa kemenangan
diperoleh oleh pasukan islam dan menjadikan Islam menjadi agama nombor
satu bagi penduduk hingga saat ini di salah satu Negara semenanjung
Jazirah tersebut.
4. PENYEBARAN ISLAM DI ANDALUSIA
Pada
hari Jumaat 25 Ramadhan tahun 479 HIjrah, ada peristiwa besar yang
menjadi momentum kemasukan Islam di benua biru, iaitu peperangan
"Zulaaqoh" di Andalus (sekarang Portugal dan Sepanyol). Zalaqoh ialah
nama sebuah daerah yang berada dekat dengan Portugal sekarang ini.
Pasukan
Muslim yang ketika itu dipimpin oleh panglima Perang Yusuf bin Yasyfin,
memenangi peperangan pagi buta melawan tentera Perancis yang tinggal di
bawah kepimpinan Alfonso 6 dan berjaya masuk ke Andalus.
Sebelumnya
Andalus telah dimasuki oleh kaum Muslimin setelah beberapa lama
dikuasai oleh tentera Kafir setelah sebelumnya tentera Islam menguasai
selat Giblatarq (Jabal Thoriq) di bawah panglima Thoriq bin Ziyad.
Thariq
bin Ziyad berjaya masuk semenanjung Andalus dan menaklukannya pada 28
Ramadhan tahun 92 Hijrah. Momen yang paling dikenang dalam peristiwa ini
ialah ketika Thoriq bin Ziyad membakar semua kapal pasukannya setelah
mendarat di Andalus, itu yang bererti bahawa tidak ada tujuan kedatangan
mereka ke Andalus kecuali kemenangan. Kerana kalau kalah mereka tidak
akan dapat pulang, kapal mereka telah dibakar.
5. PERANG 'Ain Jalut
Kemenangan
besar kaum Muslimin atas pasukan Mongol yang juga besar pada 15
Ramadhan tahun 658 Hijrah bertepatan 3 September 1260 M. Pasukan Islam
ketika itu dipimpin oleh panglima Kharismatik Qutuz dari Mesir
Selain
beberapa peristiwa yang telah disebutkan di atas, masih banyak lagi
peristiwa yang tidak dapat saya sebutkan semuanya. Seperti kemenangan
Muslim atas tentera Salib di Ramadhan Tahun 1393H/1973M. Peperangan
untuk merebut kembali tanah Palestin yang sebelumnya direbut oleh Zionis
Yahudi.
Ramadhan itu adalah bulan kemenangan, kekuatan, dan juga bulan
Jihad. Bukan sebaliknya seperti yang banyak kita temui dari sikap
kebanyakan orang yang ber-lemah-lemahn dan bermalas-malasan pada
Ramadhan.
Read more...